div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Wednesday, March 16, 2016

Cara Untuk Menghilangkan Jerawat Dan Punca Jerawat Tumbuh.



Orang perempuan nie cukup fanatik  dengan kecantikan, sebut je produk ini boleh cantik...produk itu boleh cerahkan kulit  la...mesti cepat je beli. Tanpa fikirkan apa kandungan dan bahan yang digunakan dalam produk tersebut..Muka naik jerawat je..terus cari produk..nak hilangkan jerawat tu.. Korang tahu tak sebenarnya terdapat beberapa punca jerawat boleh tumbuh dan Cara untuk menghilangkan jerawat tersebut. Jom kita tengok.


Antara punca-punca Jerawat boleh tumbuh  dimuka dan dibadan.

1. Hormon
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja

2. Bakteria 
Bakteria yang dikenali dengan nama  Propionibacterium acnes  pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai  Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

3. Pemakanan 
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

4. Stress 
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

5. Alat Solek 
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

6. Matahari 
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus membuatkan liang roma tersumbat.

7. Pakaian 
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Disini saya ingin berkongsi petua untuk menghilangkan jerawat tersebut. Antara vitamin Shaklee yang dapat merawat jerawat batu dan jerawat pasir serta parut adalah B Complex, Vitamin C dan Vitamin E. 




1- Vitamin C 
Vitamin C adalah vitamin larut air Kurang pengambilan vitamin c akan menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif dan menyebabkan luka lambat sembuh. Vitamin C   dapat membentuk kolagen dan membentuk kulit wajah anjal dan kelihatan berseri serta yang paling penting dapat mengecutkan jerawat.


2- Vitamin E Complex 

Vitamin E bersifat sebagai anti penuaan yg dapat mengurangkan garis-garis halus pada wajah, selain itu ia juga membantu mengelakkan pertumbuhan abnormal sel serta dapat mengurangkan dan memperbaiki kulit akibat bekas parut jerawat. Vitamin E merupakan anti oksidan yang hebat.

3- B-complex 

 B- Complex-Ia bertindak sebagai pembentuk sel badan yg penting untuk awet muda dan membuat kulit kelihatan licin. Ia juga digunakan dalam kecantikan kulit,rambut, mata dan kuku. Bcomplex juga merupakan vitamin anti stress yang dapat merawat stress yang menjadi punca jerawat tumbun terutamanya di bahagian dahi.





NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539

Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat

No comments:

Post a Comment