div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Monday, September 15, 2014

Petua Merawat Tumit Pecah dan Kering

ASSALAMUALAIKUM..



Setiap wanita selalu mengidamkan kulit kaki yang cantik...lembut dan licin....Tapi yang menjadi masalahnya....lain pulak yang berlaku....Tumit kaki Pecah @ Merekah... memang nampak tak cantik kan.... Ada pulak yang komen..." harapkan muka je cantik...tengok kaki Mak Aiii... Pecah..!!!" Aduhhh mesti sakit hati kan kalau dengar sendiri kat telinga kita....heheh

Pada kebiasaanya, Kulit yang kering dan bersisik lebih berisiko untuk mengalami masalah Tumit Merekah....Kekurangan air dalam badan juga boleh mengakibatkan kulit dibahagian tapak kaki menjadi kering dan mengeras...dan akan menjadi pecah..








Faktor Terjadinya Tumit Merekah.



  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera. 





Penyelesaian untuk Mengatasi Masalah Tumit Merekah.


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pemilihan  kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.


Petua Tradisional yang Boleh Diamalkan..


Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


Kalau semua petua-petua kat atas dah cuba, tapi masih tak hilang juga kaki pecah ...boleh cuba kaedah lain pulak. Saya sarankan korang cuba HERBAL BLEND dari Shaklee... memang terbukti berkesan untuk merawat Rekahan pada Tumit kaki dan sesuai untuk mereka yang mempunyai  masalah Kulit Kering...
Herbal Blend ni, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bungayarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.
Terdapat pelbagai kegunaan lagi Herbal Blend dari shaklee ini.... 


NAK INFO tentang  HERBEL BLEND..... Klik di Bawah ini-->>


HERBEL BLEND 
(RETAIL : RM 27.50) 






TESTIMONI






NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- SHUD

Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat

1 comment:

  1. Terimakasih atas tipsnya...
    Jadi gak sabar sampek rumah mau langsung nyoba ..
    oya kalau dengan rutin memakai kaos kaki muslimah motif itu apakah membantu sekali dalam proses penyembuhan..

    ReplyDelete