div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Sunday, February 28, 2016

Bengkak atau Benjolan di Bahagian Luar Kemaluan Wanita ( Bartholin Cyst) - Bahaya atau Tidak?


sumber google


Bengkak atau Benjolan dibahagian luar Kemaluan wanita atau dikenali sebagai Bartholin Cyst. Mesti ramai wanita yang pernah mengalami masalah ini, tapi tak tahu apa sebab berlakunya benjolan tersebut. Tetiba je kita terasa ada benjolan pada bibir kemaluan kita...Kita mungkin tidak perasan sebab tidak rasa sakit. Hanya tidak selesa semasa nak duduk. Jangan risau dan takut sebenarnya benjolan ini tidak merbahaya, cuma jika ia dibiarkan boleh mendatangkan kemudaratan jika ia tidak dirawat.

Saya akan terangkan bagimana ia berlaku..dan bagaimana ia boleh terbentuk. Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi bagi menghasilkan cecair sebagai pelincir alami apabila seseorang wanita terangsang nafsunya. Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholin cyst sebenarnya tidak mendatangkan masalah ketika hubungan seks penetratif dan jika saisnya masih kecil cukup sekedar mendapatkan ‘warm shower’ selama 20 minit 3 kali sehari mungkin membantu mengurangkan kebengkakan. Kebimbangan sesetengah wanita antara kaitan bartholin cyst dengan kanser sama sekali tidak berasas disebabkan peratusannya menyebabkan kanser sangat rendah. Walaubagaimanapun pesakit boleh memilih samada untuk menjalani pembedahan pada masa yang terdekat walaupun ia sebenarnya masih kecil dan belum mendatangkan masalah atau boleh sahaja menunggu sehingga ia membesar barulah menjalani pembedahan. Namun jika ia telah membentuk abses Bartholin iaitu bengkak dan bernanah (abcess) yang juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mula merasa sakit serta demam maka jalan keluar yang terbaik adalah mendapatkan rawatan segera.Biasanya apabila ia makin membesar dan bernanah hanya satu jalan penyelesaian iaitu melalui pembedahan.





Secara protokol rawatan terbaik adalah incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Selain itu terdapat juga beberapa kaedah pembedahan sama ada secara prosedur yang dinamakan 'marsupialization' menggunakan pembiusan di bilik bedah. Ia juga boleh dilakukan secara menyedut menggunakan jarum yang dipasang pada picagari. Secara perbandingan, prosedur 'marsupialization' lazimnya dapat mengurangkan risiko ia berulang kerana ia juga membuka laluan baru untuk cecair dikeluarkan.


Cuma pesanan saya bagi mereka yang terasa ada benjolan atau bengkak pada bibir kemaluan disyorkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor bagi memastikan samaada itu Bartholin Cyst atau sebaliknya. 



Langkah-langkah Penjagaan alat kelamin yang disyorkan:
  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil atau air besar, seelok-eloknya menggunakan air.
  • Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak.
  • Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bakteria lactobacilli dari faraj disamping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit.
  • Elakkan menyabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabkan kekeringan dan iritasi kulit atau gatal. Sesetengah wanita sensitif dan alah pada pewangi dalam buih sabun.
  • Pasangan suami isteri digalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan seks untuk kebersihan yang optima.
  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan seks untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pada pundi kencing. Amalan ini berkesan untuk wanita yang sering mengalami jangkitan kuman pundi kencing (urinary tract infection).
  • Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
  • Pakaian dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, elok memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan.

Diharap perkongsian saya harinie dapat membantu sebahagian dari pembaca diluar sana...


# Untuk masalah berkaitan Cyst dan PCOS, saya sentiasa mensyorkan pengguna saya untuk mengambil GLA COMPLEX untuk mengecutkan  saiz cyst. Tetapi yang penting perlu dapatkan rawatan awal terlebih dahulu, dan mendapat nasihat doktor. 



sumber google, info kesihatan wanita





NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539

Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat

13 comments:

  1. sorry
    untuk masalah begini boleh consume suppliment?

    ReplyDelete
  2. Wasap saya harga GLA Complex 0137986444

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Bleh pm sy harga utk GLA Complex..
    Isteri sy jd mcm nie gak la..
    Klu cod kt blah mna..??

    ReplyDelete
  4. Please pm sy.sy nk tnya tentang di atas

    ReplyDelete
  5. Dulu sy penah kena cmni...benjol makin membesar dan membengkak.demam lg.menangis sy pya x thn...at last sy ke hosp tuk wat pembedahan..sedut keluar nanah tu....Allah je yg tahu mse tgh menanggung sakit mse tengah bengkak tu.skg ni bila ade rse sakit kat situ sy dh mula risau...tp hari ni sy dh rse cm ade something yg x kena..cm br nk jd bengkak semula kt tmpt tu...sapa2 bole advice x?tp br rse sakit sikit2 je...mse nk duduk,lg2 tgh period ni nk pakai pad lg...pad tu agak keras mengganggu tmpt yg br mula nk naik bengkak...sy risau sgt2 ni...pls sesiapa yg boleh bntu?

    ReplyDelete
  6. Antiboitik is d best medicine.. Blh dpt kan klinik.. I pun sama mengalami.. Bengkak smpi susah nak duduk, jalan, tido... Last gi klinik.. Show to doctor.. N dptkn medicine.. Tq

    ReplyDelete
  7. saya tgh alami nya sekrg ni.. nk ke klinik jugak esok utk cek up.. sakit..nk tdo ssh..dduk pon ssh..

    ReplyDelete
  8. Saya.. Ada bnkak sperti yg d nyatakan.. Tpi bengkak tu akan jdi kecut bila sya dtg period.. Sperti xde bengkak pula.. Tpi bila 10hri sblm due period akan naik bengkak blik.. Blh saya dptkan ubat GLA complex

    ReplyDelete
  9. Sy ada bengkak di bahaguan faraj . Bukan pada bibir faraj . Tapi dari dalam sebelah kiri . Boleh sy tahu kenapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun same mcm puan.lps bersalin die bengkak dlm.takot ke klinik sbb kena potong .mcm mane yee .tk senang duduk dibuatnya

      Delete
  10. Hello House..Saya Jessica Lennon dari Amerika Syarikat. Saya di sini untuk menyampaikan berita baik kepada sesiapa yang mempunyai cabaran kesihatan yang berbeza terutamanya barah payudara atau jenis kanser sama sekali. Dr. James adalah Pakar Pemakanan Penjagaan Kesihatan Herba yang pakar dalam merawat pesakit Kanser dengan ubat campuran herba selama bertahun-tahun dari kajian saya dalam mencari penawar kanser payudara saya, saya menemui Dr. James yang secara peribadi memberitahu saya bahawa mereka yang menjalani Kemoterapi DIE lebih cepat daripada mereka yang memutuskan untuk pergi ke jalan lain, Dr. James membuat saya memahami bahawa banyak kekeliruan dan kejutan penyakit ini mengambil kemoterapi dan dia mengingatkan saya bahawa jika kemoterapi tidak dapat membuat penyelesaian kekal maka saya harus melupakannya , kerana tidak berbaloi, Dr James memecahkannya untuk saya ketahui Kekuatan chemo membunuh kedua-dua sel yang sihat dan sel yang tidak sihat sehingga merosakkan sistem, Dr. Ubat campuran herba James untuk pesakit barah adalah makanan organik, ramuan dan ekstrak akar dari tumbuhan perubatan yang kuat.Dr. james menyembuhkan barah payudara saya dan membuat saya menjalani kehidupan yang sihat tanpa Kemoterapi. tetapi penggunaan ubat campuran herba berkesan dan saya disembuhkan dalam masa 3 bulan
    Dr.James menggunakan 4 tahap dan rancangan strategik yang disebutnya sebagai formula untuk memberi penawar kepada penyakit yang disebut Cancer
    TAHAP 1 ------ Dia Menjamin 3 bulan rancangan agresif
    TAHAP 2 ------- Dia menjamin Pelan agresif 5-8 bulan.
    TAHAP 3 ------ Dia menjamin 6-8bulan penyembuhan total.
    TAHAP 4 ------ Dia menjamin penyembuhan 6-12bulan.
    Untuk Penyelesaian yang akan datang, anda harus mempunyai orientasi penuh mengenai apa yang anda hadapi. Dalam kebanyakan kes, beberapa peringkat awal bahkan telah disembuhkan hanya dalam jarak 3 BULAN, Sama seperti saya disembuhkan. Saudara dan saudari jika anda mengenali seseorang dengan ini penyakit KANSER COLORECTAL, Kanser otak, Kanser esofagus, barah pundi hempedu, Penyakit trofoblastik gestational, Kanser kepala dan leher, KANSER BLADDER, KANSER PROSTAT, KANSER KANAK, KANSER LUNGI, Lupus, KANSER KULIT, Glaukoma., Katarak, penyakit degenerasi makular, Penyakit makular, degenerasi Makular Penyakit paru-paru. Pembesaran prostat, Osteoporosis. Penyakit Alzheimer, Kanser ovari, Kanser sinus, Kanser kulit, Sarkoma tisu lembut, Kanser tulang belakang, Kanser perut, Kanser testis, Kanser tekak, Kanser Tiroid, Strok, Demensia. KANSER UTERINE, Kanser Pankreas, LEUKEMIA, HIV / AIDS, KANSER OVARIAN, KANSER DARAH, Kanser Vulvar, INFERTILITI LELAKI / WANITA, BURKITT LYMPHOMA - BUKAN HODGKIN.BAHAGIAN BRONCHIAL, TUMOR TANAMAN, CUCI BAU, CUCI BILE Kanser, HERPES VIRUS, sila dan jangan ragu untuk menghubungi
    Dr.James melalui E-melnya di (Drjamesherbalmix@gmail.com) untuk menyelamatkan nyawa. Terima kasih.

    ReplyDelete