div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Tuesday, March 22, 2016

Khasiat Air Kelapa dan Tips Hilangkan Panas Badan



Hari nie saya nak kongsikan tip-tip untuk mengelakkan badan kita kehilangan air dan mengalakkan badan dari terhidrat, yang merupakan salah satu punca anda diserang STROKE HABA. dan Perkongsian dipetik dari Biro Media Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) oleh DR. Norzaidi Zakaria berkenaan " Khasiat Air Kelapa Muda".
KETIKA musim panas sekarang yang berpunca daripada fenomena El Nino, seelok-eloknya minum air yang banyak bagi mengelak badan kita mengalami masalah kekurangan air. Salah satu caranya adalah dengan meminum air kelapa muda. Dalam pada itu, air kelapa muda yang diminum mampu dijadikan penawar racun, meredakan cirit-birit, mengubati demam panas, melawaskan buang air kecil dan air besar. Terdapat juga dakwaan air kelapa muda yang dicampur dengan beberapa bahan lain mampu mengubati penyakit batu karang. Air kelapa muda juga boleh diminum dengan ditambah perahan air limau nipis bagi menghilangkan keletihan. Minuman itu boleh dicampur dengan ais supaya terasa lebih segar.Meminum air kelapa muda turut mampu mengubati jangkitan cacing pada anak-anak dengan menambah sedikit jus asam limau dan satu sudu minyak zaitun. Minumlah tiga kali sehari.



Air buah kelapa hijau jika dibandingkan dengan kelapa jenis lain mengandungi banyak tanin atau bahan antiracun yang paling tinggi. Komposisi kandungan kimia lain yang terdapat dalam air kelapa ialah asid askorbik atau vitamin C, protein, asid lemak Omega 3, karbon terhidrat dan kalsium. Mineral yang terkandung dalam air kelapa ialah zat besi, fosforus dan gula yang terdiri dari glukosa, fruktosa serta sukrosa. Minyak kelapa yang disapu pada gigi atau gusi yang sakit mampu mengurangkan kesakitan begitu juga dengan kulit bermasalah. Bahan itu juga akan menjadikan rambut subur, hitam dan berkilat. Isi buah kelapa pula mempunyai banyak khasiat. Isi buah kelapa yang sudah tua mengandung kalori yang tinggi sebanyak 359 kal per 100 gram, kelapa setengah tua sebanyak 180 kal per 100 gram dan kelapa muda mengandung 68 kal per 100 gram. petikan: DR. NORZAIDI ZAKARIA
Biro Media Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim)



Tips kekal sihat di musim Panas


  • Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 2 litter sehari
  • Guna kipas @ aircond untuk sejukkan badan kat rumah. 
  • Kurangkan aktiviti luar rumah . Lebih baik duduk dalam rumah. Kalau nak keluar pun bawak la anak-anak ke tempat yang sejuk-sejuk yang tak terdedah kepada cuaca panas.
  • Pastikan pakaian yg kurang tebal dan longgar. 
  • Kurangkan minuman yg berkafien dan bergula,lebihkan air kosong.
  • Pakai losyen -- TERUTAMA BAYI dan KANAK-KANAK cepat ruam.. ( SAYA GUNA HERBAL BLEND, BEBAS PARABEN, BERKESAN dan MURAH, Satu keluarga boleh guna).
  • Minum minuman isotonik untuk ganti bendalir yang hilang dan untuk lebih bertenaga sepanjang hari dan boleh mengelakkan badan kita terhidrat.(SAYA PILIH PERFORMANCE DRINK, tanpa gas, kurang gula, memberi tenaga! ) 








NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539

Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat





No comments:

Post a Comment