div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Monday, June 10, 2013

RESEPI BUBUR UNTUK BAYI 6 BULAN KEATAS..LEBIH BERKHASIAT..

ASSALAMUALAIKUM...



Harinie saya nak kongsi dengan korang... Resepi- resepi Bubur Nasi untuk bayi 6 bulan keatas... Umur yang paling sesuai anak kita mula ambil makanan tambahan selain Susu....


.1.Bubur Ayam Berkeju Isi Ayam...

Bahan-bahan:-
- Ayam 2-3 ketul 
- Beras segenggam
- Sekeping cheese brand cheesedale
- Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…

Cara-cara masak;
Basuh beras sebersih-bersihnya,masukkan 3 cawan air, masuk kan ayam dan masak menggunakan rice coocer, apa bila nasi masak dan semakin likat…bukan hampir kering tau…dia jadi cam bubur lambuk tu…masukkan cheese..gaul gaul….wangi gile bubur tu nanti…sedia utk suap ke mulut si manja anda……

2. Bubur Brocoli Shrek

Bahan-bahan,
- Beras segenggam        

- Sayur brocoli 3-4
- Ikan bilis 5-6 ekor/ Ayam (dibersihkan..di rendam utk ilangkan masin dia)
- Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…

Cara-cara memasak;
Basuh beras sebersih-bersihnya,masukkan 3 cawan air,brocoli yg telah di bersihkan boleh di campak dalam periuk bersama nasi, kemudian masukkan ikan bilis / ayam dan masak gunakan rice cooker.Siap!!


3.Bubur Ala-ala nasi ayam

Bahan-bahan;
- Beras segenggam
- Air 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…
- Sup Ayam berserta ayam (ni kene prepare berasingan)
- Kentang sebiji, carrot setengah biji (di hiris-hiris)

Cara-cara memasak:-
Masak nasi bersama 3 cawan air,carrot dan kentang sehingga hampir kering, curahkan sup ayam bersama isi ayam kemudian biarkan ia likat. Bau dia nanti mcm bau nasi ayam yg lembik…sedap woo….

4.Bubur fish ‘n’ cip

Bahan-bahannya;
- Beras segenggamAir 3 cawan (air berlebihan supaya dpt nasi yang betul2 masak…
- Ikan merah/tuna/tenggiri setengah ketul
- Fries yang belum di goreng dicuci sebersih-bersihnya utk menghilangkan baha perisa yg melekat kat fries tu

Cara-cara  memasak;
Masak nasi bersama 3 cawan air, ikan dan fries kemudian biarkan ia likat.Sedia utk di suap ke mulut si manja anda. 


Untuk bayi...boleh cuba beri makanan baru, tp pastikan lembut, tidak ada campuran perasa tambahan , bukan sejuk atau jenis berais. Usus baby belum matang, lebih baik kenalkan makanan yang lembut-lembut sahaja...

Telur pada saya sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Itu pun untuk permulaan k berikan  sedikit demi sedikit untuk mengetahui samada dia allergy telur atau tidak. Bubur nasi seeloknya jangan di letakkan garam. Tunas rasa lidah baby belum mengenal manis, masam, masin dan tawar....






SELAMAT MENCUBA..!!!






NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat



9 comments:

  1. Tq for the recipe.. boleh la try kt my lil aish..

    ReplyDelete
  2. Welcome...perkara baik....sama2 kita kongsi ye....

    ReplyDelete
  3. TQ for sharing...boleh saya cuba untuk Ammar

    ReplyDelete
  4. boleh je share resepi nie....boleh sama2 kita cuba.... boleh je pelbagaikan resepi yg ada....

    baru anak xjemu...hehehh

    ReplyDelete
  5. Sis...anak sy bru 6 bulan 1/2 ..dh boleh campur cheesedale x dlm bbur dia? :D

    ReplyDelete
  6. Bubur ni blh simpan x klu bt byk dl. 2 3 hr

    ReplyDelete