div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Tuesday, September 23, 2014

Tips Menurunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam

ASSALAMUALAIKUM





Tahukah anda , jika kita terlalu kerap beri anak-anak ubat demam dengan alasan takut melarat, akan menyebabkan Sistem Imun badan anak kita akan menjadi lemah.... dan anak kita pun akan lebih kerap terkena demam.
Sebagai ibu bapa kita perlu lebih fokus untuk menurunkan panas dalam badan bukannya dengan mengambil jalan mudah dengan bagi ubat demam. Demam bukanlah sejenis penyakit , tetapi cara tubuh badan melawan untuk membina daya ketahanan Badan melawan penyakit.


Tips Menurunkan Suhu Badan Semasa Demam...secara Tradisional.

1. Sentiasa Semak Suhu Badan Anak.
- Apabila anak kita menunjukkan tanda-tanda awal demam...perlu sentiasa semak suhu badan anak.

2. Sentiasa Lap Badan Anak / Sponging
- Letakkan tuala lembab dengan air biasa di kepala atau jerlum kepala dengan air asam jawa atau bunga Raya putih dan Lidah Buaya. Sesekali lap dibahagian pelipat dan ketiak.

3. Teknik Mandian
- Jika suhu badan melebihi daripada 37.8 darjah.. Mandikan dengan air yang agak-agak suam. Bergantung kepada persekitaran, jika tempat terbuka pastikan air tidak terlalu suam dan sejuk.
Cara mandian: Mulakan dari kaki ke atas sedikit demi sedikit.

4. Pemakaian.
- Jika suhu badan meningkat. pastikan pakaian yang dikenakan nipis dan membolehkan udara panas dari badan dapat keluar.

5. Kuatkan Imunisasi Badan Anak.

  • Sebaiknya berikan Susu Badan ( Ibu juga perlu kawal pemakanan)
  • Air kosong yang mencukupi, jika perlu buatkan sup ayam kepada anak.
  • Makanan yang banyak Antiviral - makanan penyejuk seperti air kelapa muda, barli, kembang semangkok.
  • Elakkan pengambilan makanan kandungan tinggi gula.
  • Pengambilan Vitamin C


Info Tambahan:
 1. Penggunaan Cool Fever sebenarnya cuma untuk menarik haba pada satu tempat sahaja. Ia akan lebih merbahayakan kerana boleh menyebabkan sawan.

2. Demam disebabkan Virus Tidak perlu Antibiotik.
- Antibiotik adalah jalan terakhir digunakan jika sudah tidak terkawal lagi...


Terdapat juga Supplement yang dapat membantu untuk maningkatkan Imunisasi badan anak kita. Dapat membantu untuk menguatkan sistem imun badan

@ Nutriferon 
-Dapat menurunkan paras Suhu badan ...Bantu mengeuarkan peluh badan dengan cepat.
-Ini penggalak sistem imun bagus utk antibodi.. Ia umpama pengganti panadol, aspirin, etc (say no to panadol, pain killer). Tak perlu makan setiap hari. Memadai  separuh  paket sehari untuk kanak-kanak. jika bawah 1 tahun dan masih menyusu...digalakkan ibu yang mengambilnya...

@ Vitamin C Chewable
- sangat penting untuk imun tubuh . Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.
SET ANAK DEMAM/ KUATKAN IMUN BADAN.





********************************************************************************

JIKA KORANG NAK CUBA..???? KLIK DISINI.....

BOLEH ORDER SENDIRI PUN BOLEH....

CUMA PERLU KREDIT @ DEBIT KAD SAHAJA..






**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


              KLIK DISINI..>>>>


 Jom Join Ahli

   



NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat

Monday, September 15, 2014

Petua Merawat Tumit Pecah dan Kering

ASSALAMUALAIKUM..



Setiap wanita selalu mengidamkan kulit kaki yang cantik...lembut dan licin....Tapi yang menjadi masalahnya....lain pulak yang berlaku....Tumit kaki Pecah @ Merekah... memang nampak tak cantik kan.... Ada pulak yang komen..." harapkan muka je cantik...tengok kaki Mak Aiii... Pecah..!!!" Aduhhh mesti sakit hati kan kalau dengar sendiri kat telinga kita....heheh

Pada kebiasaanya, Kulit yang kering dan bersisik lebih berisiko untuk mengalami masalah Tumit Merekah....Kekurangan air dalam badan juga boleh mengakibatkan kulit dibahagian tapak kaki menjadi kering dan mengeras...dan akan menjadi pecah..








Faktor Terjadinya Tumit Merekah.



  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera. 





Penyelesaian untuk Mengatasi Masalah Tumit Merekah.


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pemilihan  kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.


Petua Tradisional yang Boleh Diamalkan..


Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


Kalau semua petua-petua kat atas dah cuba, tapi masih tak hilang juga kaki pecah ...boleh cuba kaedah lain pulak. Saya sarankan korang cuba HERBAL BLEND dari Shaklee... memang terbukti berkesan untuk merawat Rekahan pada Tumit kaki dan sesuai untuk mereka yang mempunyai  masalah Kulit Kering...
Herbal Blend ni, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bungayarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.
Terdapat pelbagai kegunaan lagi Herbal Blend dari shaklee ini.... 


NAK INFO tentang  HERBEL BLEND..... Klik di Bawah ini-->>


HERBEL BLEND 
(RETAIL : RM 27.50) 






TESTIMONI






NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- SHUD

Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat

Thursday, September 11, 2014

Penyebab Tekanan Darah Tinggi (Hypertensi) Boleh Berlaku.

ASSALAMUALAIKUM




Pernah dengar tak...orang cakap Penyakit 3 SERANGKAI..... ada yang kata penyakit orang kaya la...
Nak tahu tak yang 3 serangkai nie...penyakit apa..??? JANTUNG, KENCING MANIS dan TEKANAN DARAH TINGGI......jangan ada yang sampai tahap 3 serangkai nie...Bahaya ..memang susah nak rawat.... nak makan itu tak boleh... ini tak boleh.... xkan nak makan bubur nasi je kan...mana sedap....jadi Jagalah pemakanan korang dari sekarang.....
Harinie shud nak cerita pasal penyakit TEKANAN DARAH TINGGI je....mari kita baca...


TEKANAN DARAH TINGGI atau HYPERTENSI adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga boleh mengakibatkan Kematian jika ia tidak dirawat .


TEKANAN DARAH
Tekanan Darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Jantung kita nie bekerja seperti sebuah PAM yang mengecut dan rehat...Tekanan darah pula diukur dalam 2 bacaan ( bawah dan atas) contoh: 120/80
@ Tekanan sistolik nombor yang atas - Tekanan Keatas pembuluh arteri akibat denyutan Jantung.
@ Tekanan Diastolik nombor yang bawah- Tekanan semasa jantung berehat diantara Pengepaman





Apa itu Tekanan Darah Tinggi..???
- Kadar Tekanan Darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama. Kadar tersebut melebihi kadar tekanan darah Optimum iaitu 120/80 mmHg. Pada kebiasaannya ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda. Anda mungkin akan mengetahui tahap tekanan Darah anda apabila berjumpa dengan Doktor.

Tanda-Tanda yang biasa berlaku
  • Kadang-kadang pesakit mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala
  • Terasa Berat di bahagian Belakang Leher
  • Melalui pemeriksaan tekanan darah oleh Doktor. 






Komplikasi akibat Tekanan Darah Tinggi...

- Komplikasi -komplikasi Tekanan Darah Tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya Otak, Jantung, Buah Pinggang yang akan mengakibatkan kerosakan pada bahagian -bahagian tersebut. Kerosakan pada organ tersebut bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

1. Peningkatan Mendadak Tekanan Darah
  • Boleh menyebabkan kekeliruan , khayalan, dan  ia perlu dirawat segera.


2. Tekanan Darah Tinggi Berterusan ( Tekanan darah Tidak Turun ketahap Normal)
  • Akan menyebabkan kegagalan Jantung, serangan jantung dan Kematian
  • Pembuluh darah akan menjadi keras
  • Mengakibatkan kegagalan Buah Pinggang
  • Pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensetif cahaya dalam mata
  • Strok / angin Ahmar.


Rawatan untuk Kurangkan Tekanan Darah 

 1. Dapatkan rawatan di mana- mana Hospital. dengan pengambilan Ubat-ubatan yang dibekalkan.

2. Rawatan Tanpa Ubat -ubatan.
  • Kurangkan pengambilan garam.
  • Meningkatkan Aktiviti- Aktiviti Fizikal
  • Mengurangkan Berat Badan jika sedah berlebihan
  • Berhenti Merokok dan pengambilan Alkohol
  • Elakkan diri dari Stress.
  • mengamalkan pengambilan Supplement sebagai Pencegahan awal




* Bagi mereka yang mementingkan Kesihatan.... dan mahu mencegah penyakit dari peringkat awal...saya menyarankan supaya  korang mengamalkan pengambilan Supplement... bagi pencegahan Awal... sebelum penyakit ini menjadi bertambah serius.
Disisni saya nak menyarankan Produk yang mungkin dapat membantu untuk masalah TEKANAN DARAH TINGGI ialah Poduk SHKALEE....


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=471f23c944fc170279354fb74ece7ce4




OmegaGuard
- Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.
  • Menghapuskan kolestrol jahat dalam darah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membersihkan salur darah dari plak kolestrol/lemak
  • Mengelakkan Obesiti.

Garlic
  • Menghalang dari berlakunya risiko strok
  • Menguatkan sistem pertahanan tubuh. 
  • Menghalang penyakit berkaitan jantung
  • Mengeluarkan logam toksik dalam tubuh seperti kadmium,plumbum dan merkuri yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


**** MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI****






********************************************************************************

JIKA KORANG NAK CUBA..???? KLIK DISINI.....

BOLEH ORDER SENDIRI PUN BOLEH....

CUMA PERLU KREDIT @ DEBIT KAD SAHAJA..






**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


              KLIK DISINI..>>>>


 Jom Join Ahli

   



NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat


Tuesday, September 9, 2014

Kenali Apa itu G6PD.

ASSALAMUALAIKUM..


Terdapat beberapa jenis masalah yang sering kita dengar selepas kelahi ran seorang bayi... salah satunya masalah G6PD... Nak tahu tak apa itu G6PD..? Tanda-Tanda bayi terkena G6PD..?? Bahan-Bahan yang perlu dielakkan..? Mai kita tengok satu persatu...


Apa yang dimaksudkan dengan G6PD..?

G6PD adalah singkatan bagi Enzim Glucose-6- Phoshate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (Hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubatan serta makanan.

Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi melalui keturunan. Kebanyakkan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki. manakala kaum wanita biasanya adalah pembawa.

Kekurangan enzim ini biasanya dapat dikesan semasa bayi selepas kelahiran melalui ujian darah daripada tali pusat.


Bagaimana Masalah ini dapat dikesan..?

1. Penyakit ini biasanya dapat dikesan melalui ujian darah sebaik sahaja bayi itu dilahirkan.
2.Kekurangan enzim ini akan menyebabkan sel darah Merah bayi mudah pecah.dan menghasilkan Bilirubin yang tinggi.
3.Jika tidak diubati akan menyebabkan kecatatan pada bayi.
4. Bayi yang telah dijangkiti akan ditahan di wad selama 5 hari sebelum dibenarkan pulang.
5.Bayi akan mudah berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba-tiba.
6. Bayi yang dijangkiti tidak boleh makan Kacang Parang,





Tanda-tanda Bayi yang telah Dijangkiti G6PD.

Bayi yang telah dijangkiti akan diperhatiakan di dalam wad buat sementara waktu, kerana mereka mudah mendapat penyakit Kuning (Jaundice) yang lebih cepat. Bayi yang Kuning ( Jaundice) perlu diletakkan dibawah  lampu ( Fototerapi) untuk menurunkan tahap Bilirubin dalam darah.


  • Kelihatan pucat
  • Tidak bermaya ( Mudah Letih)
  • Pening
  • Degupan jantung yang laju
  • Sukar Bernafas
  • sakit Dada


Ubat-Ubatan dan Bahan-bahan yang patut Dielakkan


  • Ubat-Ubatan penyakit Malaria
  • Antibiotik yang mengandungi Sulfur
Makanan yang perlu dielakkan.
  • Kacang Parang ( Fava Bean)
  • Ubat Herba Chuan Lin
  • Ubat Herba Ngau Wong
  • Ubat Gegat ( Bayi dilarang memakai pakaian yg terdedah kepada Ubat Gegat)
  • Ubat Nyamuk
  • Nila.(  pewarna baju Putih)




* untuk makluman para pembaca sekelian... pada kebiasaan nya selepas bayi dilahirkan Doktor akan memberi penerangan secukupnya untuk panduan ibu bapa yang mempunyai bayi yang telah dijangkiti masalah ini.

* Perlu diingat ibu yang mempunyai bayi yang mengalami masalah ini perlu mengelakkan pengambilan ubat-ubatan berbentuk HERBA untuk mengelakkan bayi mengalami masalah..... tapi hanya pada ibu yang MENYUSU BADAN sepenuhnya....

* Jika Ibu yang risau dan Sukar nak cari SET BESALIN yang dijamin selamat untuk bayi yang mempunyai masalah G6PD ini...boleh la cuba SET BESALIN dari SHKALEE.... insyaallah dijamin selamat....




********************************************************************************

JIKA KORANG NAK CUBA..???? KLIK DISINI.....

BOLEH ORDER SENDIRI PUN BOLEH....

CUMA PERLU KREDIT @ DEBIT KAD SAHAJA..






**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


              KLIK DISINI..>>>>


 Jom Join Ahli

   



NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat



Friday, September 5, 2014

Kenali Tanda-Tanda awal Penyakit Diabetes.

ASSALAMUALAIKUM...


KENCING MANIS..!! Ikut bahasa perubatan DIABETES.... Masih ramai yang belum tau kan apa yang menyebabkan berlakunya penyakit nie... Ada yang masih ambil mudah dan tak mau jaga kesihatan... Ada yang cakap.."saya jarang makan makanan manis" kenapa saya nak takut.... haaa mesti ada yang tak tau kan...Diabetes nie bukan berpunca dari makanan yang manis je....ada beberapa lagi penyebab yang dapat mengakibatkan anda dijangkiti Kencing Manis...Meh kita baca lagi....






Siapakah yang mempunyai Risiko Mendapat DIABETES

1. Berumur 35 tahun atau lebih. Semakin berumur semakin tinggi risiko.
2. Mempunyai berat badan berlebihan.
3. Latar belakang Keluarga, mempunyai keturunan pengidap Kencing Manis
4. Sejarah Daibetes pada kehamilan terakhir.
5. Tekanan Darah Tinggi.
6. Faktor pemakanan- pengambilan makanan berlemak Tinggi dan kurang pengambilan makanan Berserat
7. Tahap Lemak/ Kolestrol yang tinggi.


Tanda-tanda yang mungkin anda seorang  Pengidap Diabetes.
  • Dahaga yang berlebihan
  • Badan akan cepat terasa Letih
  • Berat Badan Makin menurun secara Mendadak
  • Penglihatan Makin kabur
  • Otot semakin lemah
  • Kulit menjadi Allegik/ Gatal.  

    Tanda-Tanda Lain
  • Mengalami masalah kulit yang berpanjangan
  • Luka yang lambat sembuh
  • Kencing yang Kerap
  • Rasa Kebas 





Bagi yang mengidap masalah DIABETES ini, pada kebiasaannya anda akan dirujuk kepada yang pakar iaitu  Doktor.. setiap bulan terpaksalah datang ke hospital...kena rujuk doktor... lama-lama mesti ada yang dah xlarat nak ulang ke Hospital kan...
Kalau rasa nak cuba Kaedah perubatan yang lain... iaitu dengan bantuan pengambilan Supplement maka korang boleh cuba supplement Sahaklee yang boleh bantu menurunkan paras gula dalam darah.



SET DIABETES YANG DICADANGKAN





https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b42642e0e25d857ec10edd4bae859d1b
SET ASAS DIABETES



1. B-COMPLEX
 -Dapat menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protien kepada tenaga sekaligus dapat mengurangkan masalah keletihan


2. ZINC COMPLEX
  - membantu pengeluaran Insulin, mengekalkan fungsi Insulin untuk memperbaiki masalah Diabetes.


3. VITALEA
-  Mengandungi Imbangan dan Mineral yang lengkap.


4. VITAMIN C PLUS
- Mengukuhkan Kapilari dan saluran darah di dalam badan kita


5. ESP
- Membantu mengawal kandungn gula dalam darah 


6. ALFALFA
- Menstabilkan gula dalam Darah


7. GLA COMPLEX
- Menghalang komplikasi diabetes . Merendahkan paras gula dalam darah, Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang berlebihan.


Kalau rasa susah la nak ambil banyak-banyak supplement... dan ada juga yang tak suka makan ubat jadi saya sarankan korang cuba VIVIX ... Hanya minum sehari 1 sudu sahaja... sebotol boleh tahan untuk 1 bulan lebih....


TESTIMONI





********************************************************************************

JIKA KORANG NAK CUBA..???? KLIK DISINI.....

BOLEH ORDER SENDIRI PUN BOLEH....

CUMA PERLU KREDIT @ DEBIT KAD SAHAJA..






**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


              KLIK DISINI..>>>>


 Jom Join Ahli

   



NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat