div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Thursday, March 14, 2013

SENARIO YANG SERING MELANDA RAKYAT MALAYSIA.....

Senario Osteoporotik Malaysia


Laporan IOF yang turut menggariskan hasil kajian yang dibuat di Malaysia, menyebut insiden keretakan pinggul osteoporotik ialah tertinggi dalam kalangan kaum Cina (63 peratus), diikuti Melayu (20 peratus) dan India (13 peratus).

Ia juga menunjukkan kes-kes keretakan pinggul berlaku dua kali ganda lebih banyak di kalangan wanita berbanding lelaki.

Berdasarkan kaum serta data tertentu jantina, insiden keretakan pinggul adalah tinggi di kalangan wanita Cina (220 orang bagi setiap 100,000 orang) dan diikuti wanita India.

Dari segi kos, kos penghospitalan secara langsung untuk rawatan keretakan pinggul pada 1997 dianggarkan sebanyak RM21 juta.

Kajian itu, yang juga meliputi status vitamin D di kalangan wanita yang putus haid menunjukkan 71 peratus wanita Melayu yang putus haid tidak mendapat keperluan harian vitamin D mereka.

Pada hakikatnya, kajian itu menunjukkan ketakcukupan vitamin D serta pengambilan kalsium yang rendah berlaku di semua 14 buah negara yang diaudit.






Osteoporosis adalah penyakit tanpa disedari. Ia menyebabkan kemerosotan pada tulang dan sedikit demi sedikit membuat tulang semakin lemah dan semakin rapuh. Memandangkan salah satu tanda paling mudah ialah tulang rapuh, seseorang itu hanya akan sedar yang dia mengalami osteoporosis apabila tulangnya patah. Bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas, 1 daripada 3 wanita akan mengalaminya, berbanding dengan lelaki di mana 1 daripada 5 lelaki akan merana kerana osteoporosis .


Pengambilan Makanan sihat untuk Menjaga Tulang Kita

Kita semua ketahui bahawa Kalsium dan Vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Tetapi kebanyakan orang tidak ketahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila kita berpeluh atau pergi ke tandas. Bagaimanapun, badan kita tidak dapat menghasilkan kalsium. Oleh itu, adalah penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang kita. Antara sumber baik kalsium adalah makanan berkalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, beberapa jenis sayur-sayuran hijau, dan ikan.


Hasil tenusu –Susu Rendah Lemak yang berkalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju adalah pilihan yang baik. Sekiranya anda suka jenis makanan ini, ia merupakan cara yang mudah untuk anda memperolehi kalsium yang mencukupi . Adalah penting anda mendapatkan kalsium yang secukupnya daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan anda tidak mengandungi kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan anda, kalsium akan diambil dari tulang anda.


Kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan minuman mengandungi kafein - Minum minuman beralkohol dengan terlalu banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang. Mereka yang minum terlalu banyak alkohol tidak mendapat kalsium secukupnya dan ia mungkin juga akan mengurangkan bekalan kalsium badannya. Kopi dan teh mengandungi kafein. Kafein juga akan mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Jadi dengan minum lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang. Sekiranya anda gemar minum kopi dan teh, anda boleh membantu dengan mengganti semula sebarang kehilangan kalsium dengan mendapatkan kalsium secukupnya sebagai memenuhi keperluan badan anda.

Jadi bagi mengembalikan kandungan kalsium di dalam badan kita perlu mengambil makanan berkalsium tinggi seperti susu,yogurt dan keju. Selain itu pengambilan pil Kalsium, lebih mudah dan cepat untuk tubuh menyerap kalsium...jadi pilihlah pil kalsium yang terbaik untuk tubuh anda.....


Perbezaan OsteMatrix Shaklee:

  • Kadar Penyerapan 99%                                              
  • Formula unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati.
  • Mengandungi Kalsium, Magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

*Ostematrix diambil di dalam set cadangan ibu dalam berpantang, ibu menyusukan anak, wanita mengandung, wanita yang menyusukan anak atau mengandung yang mempunyai masalah sembelit dan wanita yang menjaga kesihatan tulang! ^_^









NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat








No comments:

Post a Comment