div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Thursday, October 16, 2014

Petua Tradisional Untuk Lebatkan Rambut



Petua Tradisional Untuk Mengatasi Masalah Rambut Gugur

Selalunya masalah rambut gugur nie sering dialami oleh orang perempuan je... tapi jangan tak tahu kaum lelaki pun ada tau yang mengalami masalah yang sama...
Paling ramai yang mengalami masalah keguguran rambut nie ...wanita lepas bersalin.. memang ramai sangat...tapi ramai juga yang tak bersalin pun rambut boleh gugur...


Antara Faktor yang Mempengaruhi Masalah Keguguran Rambut
  • Perubahan Hormon ( biasanya lepas Bersalin)
  • Stress ( Tekanan ditempat kerja dan keadaan sekeliling)
  • Faktor Keturunan 
  • Kekurangan Nutrisi seperti Protien, zat besi dan zinc

Harini saya nak kongsi dengan korang semua....petua nak Lebatkan rambut...yang boleh korang cuba mana la tau kan boleh bantu suburkan kembali rambut yang makin kurang atas kepala tu....ok.. antara petua-petua yang boleh korang amalkan.....

Petua Suburkan Rambut.

1. Daun Lidah Buaya.
 Cara-caranya:  
   - Ambil beberapa batang daun lidah buaya...belah dan ambil cuma isi di dalamnya...
   dan buang kulitnya...
   - Ramas isi tersebut hingga hancur, Kemuadian sapukan pada rambut hingga ke kulit kepala..
   - Biarkan selama 15 ke 20 minit... kemudian bilas dengan air bersih.
   - Ulang seminggu 2 kali.. dan lihat hasilnya.



Daun Lidah Buaya



2.  Daun Bunga Raya Putih
    Cara-caranya
    - Ambil beberapa helai daun bunga raya, ramas sehingga menjadi sedikit lendir. dan sapukan ke rambut dan kulit kepala... biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.
   - Daun bunga raya dapat menyejukkan kulit kepala.sekaligus dapat menyuburkan kulit kepala.



Daun Bunga Raya


3. Santan Kelapa.
    Cara-caranya
     - Masakkan santan hingga mendidih..tutup api dan biarkan ia sejuk.
     - Kemudian sapukan ke kulit kepala dan rambut, dan biarkan selama 1 jam
     - Kemuadian Cuci semula rambut..dengan air bersih


Santan Kelapa


4.Buah Limau Nipis
   Cara-caranya
   - Ambil 2 biji buah limau nipis. kemudian belah kepada 2
   - Kemuadian gosokkan ke Kulit kepala. 
   * Dapat menghilangkan masalah kelumumur yang boleh menyebabkan keguguran rambut.
   - Biarkan selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.




Buah Limau Nipis



Ini adalah antara petua-petua yang boleh korang amalkan.. selain pengambilan makanan yang berkhasiat untuk pertumbuhan anak-anak rambut baru, selain itu korang juga boleh mengamalkan pengambilan supplement yang sesuai yang boleh membekalkan sumber Protien , Zat Besi dan Zinc  kepada rambut. Yang dapat mengelakkan masalah Keguguran Rambut.


**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


              KLIK DISINI..>>>>

 Jom Join Ahli

   



NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat

Thursday, October 9, 2014

Tips untuk Merawat Rambut Gugur







BOTAK..!!! Sebut je perkataan BOTAK... semua pakat takut... kalau lelaki tu tak kisah sangat... kalau bagi perempuan perkataan nie Menakutkan oooo.... orang kata "RAMBUT MAHKOTA WANITA" betul tak..??
Mula-mula rambut akan gugur dulu...lama kelamaan menjadi botak... Kalau rambut gugur tu memang la perkara normal bukan pelik tau..tapi kita perlulah kawal supaya tak melarat jadi  lebih teruk. 






Faktor yang Menyebabkan Rambut Gugur.

Terdapat perlbagai faktor yang akan menyebabkan berlakunya keguguran rambut, antaranya:-
1. Rambut yang tidak mendapat penjagaan yang betul.
2. Penggunaan Syampo dan perapi yang tidak bersuaian dengan  jenis rambut.
3. Perubahan Hormon semasa Mengandung  dan Selepas Besalin.
4. Pengambilan ubat-ubatan dan selepas Pembedahan.
5. Akibat tekanan kerja dan persekitaran.
6. Kerap mewarnakan Rambut.
7. Masalah Genetik, thyroid dan penyakit Auto-Immune.


Fasa Pertumbuhan Rambut.

Kalau korang perasan , walaupun makin kurang tetapi rambut kita tak pernah la sampai Botak. 
Sebenarnya terdapat 3 fasa Pertumbuhan Rambut:-
  1. Anagen >>  Fasa Menumbuh > Fasa ini berlanjutan untuk 2 hingga 6 tahun. Rambut tumbuh dan memanjang.
  2. Catagen >> Fasa permulaan untuk Rambut mula berhenti menumbuh dan memanjang.
  3. Telogen >> Fasa Berehat > Masa ini fasa rambut tak memanjang dan tak gugur. Selepas 3 bulan fasa berehat rambut akan mula gugur.


Penyelesaian kepada Rambut Gugur

1. Penjagaan Rambut yang sempurna
2. Penggunaan Produk rambut yang bersesuaian.
3. Pengambilan  Supplement untuk rambut.

Bagi penjagaan Rambut, saya nak suggest produk Shaklee untuk merawat masalah RAMBUT GUGUR. Terdapat 4 supplement dalam Set Rambut Gugur iaitu Vitalea + Syampo + ESP dan Zinc.



SET RAMBUT GUGUR


@ Vitalea 
    Multivitamin yang mengandungi zat besi untuk membantu dalam pertumbuhan rambut.
    Bekalkan Vitamin yang secukupnya untuk lebih bertenaga untuk kesihatan badan dan rambut.

@ ESP 
    Menurut salah seorang pakar rambut , Kuku dan rambut merupakan fiber Protein 90% rambut kita      akan sentiasa dalam fasa memanjang dalam tempoh berterusan hingga 2 ke 3 tahun.

@ Zinc 
    Membantu tubuh kita menyerap nutrisi ke dalam tubuh. Kekurangan zinc mempengaruhi struktur       protien dalam Folikel rambut yang akan menyebabkan sruktur menjadi lemah.
    Rambut lebih cepat gugur apabila kekurangan zinc dalam tubuh.


Selamat Mencuba




**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


              KLIK DISINI..>>>>


 Jom Join Ahli

   



NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat

Thursday, October 2, 2014

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Sekitar Gurun dan Pendang, Kedah





Bagi pengguna Tegar produk Shaklee yang berada di negeri Kedah... dan tinggal di Sekitar Sungai Petani , Gurun , Pendang serta Alor Setar , korang boleh dapatkan terus dari saya... NORSHUHADA ( SHUD) TEL: 012-5792539..........Stock sentiasa Available.......Saya menyediakan Penghantaran secara PERCUMA... vitamin akan terus sampai ke tangan korang...Pembayaran dibuat selepas barang selamat sampai ke tangan korang...

Bagi yang berminat... kita boleh buat temujanji bila nak ambil barang..? Lokasi ? and set waktu yang sesuai....Insyaallah....barang yang diorder akan sampai dengan selamat....PENGHANTARAN PERCUMA je tau... Selamat & Jimat..


 Apa yang bestnya kalau beli terus  dari saya?

 * Postage semestinya free dan yang pasti consultation secara berterusan untuk  customers saya...
 * Harga semestinya yang Terbaikk saya kasi...
 * Saya akan bantu untuk Pemilihan Vitamin yg paling sesuai dgn masalah dihadapi...

okey  kalau berminat jom kita roger-roger dan set bila nak jumpa. Nak joih ahli dan perlukan penerangan dari saya pon boleh. Apa tunggu lagi?? Nak barang cepat tanpa kos pos..boleh cari saya..

Tapi bukan COD vitamin je... kalau yang rasa susah nak jumpa dan tak de masa nak jumpa boleh jugak Order terus kepada saya....buat payment... pastu saya akan pos terus ke alamat yg disertakan... penghantaran melalui POSLAJU/ CityLink...ke Seluruh Malaysia.... dalam masa 3 hari insyaallah barang sampai....





**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


              KLIK DISINI..>>>>


 Jom Join Ahli

   



NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- shuhada

Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat


Tuesday, September 23, 2014

Tips Menurunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam

ASSALAMUALAIKUM





Tahukah anda , jika kita terlalu kerap beri anak-anak ubat demam dengan alasan takut melarat, akan menyebabkan Sistem Imun badan anak kita akan menjadi lemah.... dan anak kita pun akan lebih kerap terkena demam.
Sebagai ibu bapa kita perlu lebih fokus untuk menurunkan panas dalam badan bukannya dengan mengambil jalan mudah dengan bagi ubat demam. Demam bukanlah sejenis penyakit , tetapi cara tubuh badan melawan untuk membina daya ketahanan Badan melawan penyakit.


Tips Menurunkan Suhu Badan Semasa Demam...secara Tradisional.

1. Sentiasa Semak Suhu Badan Anak.
- Apabila anak kita menunjukkan tanda-tanda awal demam...perlu sentiasa semak suhu badan anak.

2. Sentiasa Lap Badan Anak / Sponging
- Letakkan tuala lembab dengan air biasa di kepala atau jerlum kepala dengan air asam jawa atau bunga Raya putih dan Lidah Buaya. Sesekali lap dibahagian pelipat dan ketiak.

3. Teknik Mandian
- Jika suhu badan melebihi daripada 37.8 darjah.. Mandikan dengan air yang agak-agak suam. Bergantung kepada persekitaran, jika tempat terbuka pastikan air tidak terlalu suam dan sejuk.
Cara mandian: Mulakan dari kaki ke atas sedikit demi sedikit.

4. Pemakaian.
- Jika suhu badan meningkat. pastikan pakaian yang dikenakan nipis dan membolehkan udara panas dari badan dapat keluar.

5. Kuatkan Imunisasi Badan Anak.

  • Sebaiknya berikan Susu Badan ( Ibu juga perlu kawal pemakanan)
  • Air kosong yang mencukupi, jika perlu buatkan sup ayam kepada anak.
  • Makanan yang banyak Antiviral - makanan penyejuk seperti air kelapa muda, barli, kembang semangkok.
  • Elakkan pengambilan makanan kandungan tinggi gula.
  • Pengambilan Vitamin C


Info Tambahan:
 1. Penggunaan Cool Fever sebenarnya cuma untuk menarik haba pada satu tempat sahaja. Ia akan lebih merbahayakan kerana boleh menyebabkan sawan.

2. Demam disebabkan Virus Tidak perlu Antibiotik.
- Antibiotik adalah jalan terakhir digunakan jika sudah tidak terkawal lagi...


Terdapat juga Supplement yang dapat membantu untuk maningkatkan Imunisasi badan anak kita. Dapat membantu untuk menguatkan sistem imun badan

@ Nutriferon 
-Dapat menurunkan paras Suhu badan ...Bantu mengeuarkan peluh badan dengan cepat.
-Ini penggalak sistem imun bagus utk antibodi.. Ia umpama pengganti panadol, aspirin, etc (say no to panadol, pain killer). Tak perlu makan setiap hari. Memadai  separuh  paket sehari untuk kanak-kanak. jika bawah 1 tahun dan masih menyusu...digalakkan ibu yang mengambilnya...

@ Vitamin C Chewable
- sangat penting untuk imun tubuh . Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.
SET ANAK DEMAM/ KUATKAN IMUN BADAN.





********************************************************************************

JIKA KORANG NAK CUBA..???? KLIK DISINI.....

BOLEH ORDER SENDIRI PUN BOLEH....

CUMA PERLU KREDIT @ DEBIT KAD SAHAJA..






**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


              KLIK DISINI..>>>>


 Jom Join Ahli

   



NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat

Monday, September 15, 2014

Petua Merawat Tumit Pecah dan Kering

ASSALAMUALAIKUM..



Setiap wanita selalu mengidamkan kulit kaki yang cantik...lembut dan licin....Tapi yang menjadi masalahnya....lain pulak yang berlaku....Tumit kaki Pecah @ Merekah... memang nampak tak cantik kan.... Ada pulak yang komen..." harapkan muka je cantik...tengok kaki Mak Aiii... Pecah..!!!" Aduhhh mesti sakit hati kan kalau dengar sendiri kat telinga kita....heheh

Pada kebiasaanya, Kulit yang kering dan bersisik lebih berisiko untuk mengalami masalah Tumit Merekah....Kekurangan air dalam badan juga boleh mengakibatkan kulit dibahagian tapak kaki menjadi kering dan mengeras...dan akan menjadi pecah..








Faktor Terjadinya Tumit Merekah.



  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera. 





Penyelesaian untuk Mengatasi Masalah Tumit Merekah.


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pemilihan  kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.


Petua Tradisional yang Boleh Diamalkan..


Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


Kalau semua petua-petua kat atas dah cuba, tapi masih tak hilang juga kaki pecah ...boleh cuba kaedah lain pulak. Saya sarankan korang cuba HERBAL BLEND dari Shaklee... memang terbukti berkesan untuk merawat Rekahan pada Tumit kaki dan sesuai untuk mereka yang mempunyai  masalah Kulit Kering...
Herbal Blend ni, diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bungayarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.
Terdapat pelbagai kegunaan lagi Herbal Blend dari shaklee ini.... 


NAK INFO tentang  HERBEL BLEND..... Klik di Bawah ini-->>


HERBEL BLEND 
(RETAIL : RM 27.50) 






TESTIMONI






NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- SHUD

Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat

Thursday, September 11, 2014

Penyebab Tekanan Darah Tinggi (Hypertensi) Boleh Berlaku.

ASSALAMUALAIKUM




Pernah dengar tak...orang cakap Penyakit 3 SERANGKAI..... ada yang kata penyakit orang kaya la...
Nak tahu tak yang 3 serangkai nie...penyakit apa..??? JANTUNG, KENCING MANIS dan TEKANAN DARAH TINGGI......jangan ada yang sampai tahap 3 serangkai nie...Bahaya ..memang susah nak rawat.... nak makan itu tak boleh... ini tak boleh.... xkan nak makan bubur nasi je kan...mana sedap....jadi Jagalah pemakanan korang dari sekarang.....
Harinie shud nak cerita pasal penyakit TEKANAN DARAH TINGGI je....mari kita baca...


TEKANAN DARAH TINGGI atau HYPERTENSI adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga boleh mengakibatkan Kematian jika ia tidak dirawat .


TEKANAN DARAH
Tekanan Darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

Jantung kita nie bekerja seperti sebuah PAM yang mengecut dan rehat...Tekanan darah pula diukur dalam 2 bacaan ( bawah dan atas) contoh: 120/80
@ Tekanan sistolik nombor yang atas - Tekanan Keatas pembuluh arteri akibat denyutan Jantung.
@ Tekanan Diastolik nombor yang bawah- Tekanan semasa jantung berehat diantara Pengepaman





Apa itu Tekanan Darah Tinggi..???
- Kadar Tekanan Darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang lama. Kadar tersebut melebihi kadar tekanan darah Optimum iaitu 120/80 mmHg. Pada kebiasaannya ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda. Anda mungkin akan mengetahui tahap tekanan Darah anda apabila berjumpa dengan Doktor.

Tanda-Tanda yang biasa berlaku
  • Kadang-kadang pesakit mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala
  • Terasa Berat di bahagian Belakang Leher
  • Melalui pemeriksaan tekanan darah oleh Doktor. 






Komplikasi akibat Tekanan Darah Tinggi...

- Komplikasi -komplikasi Tekanan Darah Tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya Otak, Jantung, Buah Pinggang yang akan mengakibatkan kerosakan pada bahagian -bahagian tersebut. Kerosakan pada organ tersebut bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

1. Peningkatan Mendadak Tekanan Darah
  • Boleh menyebabkan kekeliruan , khayalan, dan  ia perlu dirawat segera.


2. Tekanan Darah Tinggi Berterusan ( Tekanan darah Tidak Turun ketahap Normal)
  • Akan menyebabkan kegagalan Jantung, serangan jantung dan Kematian
  • Pembuluh darah akan menjadi keras
  • Mengakibatkan kegagalan Buah Pinggang
  • Pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensetif cahaya dalam mata
  • Strok / angin Ahmar.


Rawatan untuk Kurangkan Tekanan Darah 

 1. Dapatkan rawatan di mana- mana Hospital. dengan pengambilan Ubat-ubatan yang dibekalkan.

2. Rawatan Tanpa Ubat -ubatan.
  • Kurangkan pengambilan garam.
  • Meningkatkan Aktiviti- Aktiviti Fizikal
  • Mengurangkan Berat Badan jika sedah berlebihan
  • Berhenti Merokok dan pengambilan Alkohol
  • Elakkan diri dari Stress.
  • mengamalkan pengambilan Supplement sebagai Pencegahan awal




* Bagi mereka yang mementingkan Kesihatan.... dan mahu mencegah penyakit dari peringkat awal...saya menyarankan supaya  korang mengamalkan pengambilan Supplement... bagi pencegahan Awal... sebelum penyakit ini menjadi bertambah serius.
Disisni saya nak menyarankan Produk yang mungkin dapat membantu untuk masalah TEKANAN DARAH TINGGI ialah Poduk SHKALEE....


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=471f23c944fc170279354fb74ece7ce4




OmegaGuard
- Omega 3 telah diuji dan dibuktikan untuk mengurangkan hipertensi(tekanan darah tinggi). Menurut kajian terbaru dari  American Heart Association Journal telah menguji 5000 orang. Mereka mengenalpasti sejarah kesihatan dan mengukur tekanan darah pada awal kajian. Ia menunjukkan kebaikan Omega 3merendahkan tekanan darah berbanding orang yang tidak mengambilnya.
  • Menghapuskan kolestrol jahat dalam darah
  • Melancarkan peredaran darah
  • Membersihkan salur darah dari plak kolestrol/lemak
  • Mengelakkan Obesiti.

Garlic
  • Menghalang dari berlakunya risiko strok
  • Menguatkan sistem pertahanan tubuh. 
  • Menghalang penyakit berkaitan jantung
  • Mengeluarkan logam toksik dalam tubuh seperti kadmium,plumbum dan merkuri yang menyebabkan tekanan darah tinggi.


**** MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI****






********************************************************************************

JIKA KORANG NAK CUBA..???? KLIK DISINI.....

BOLEH ORDER SENDIRI PUN BOLEH....

CUMA PERLU KREDIT @ DEBIT KAD SAHAJA..






**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


              KLIK DISINI..>>>>


 Jom Join Ahli

   



NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat