BERDENGKUR ..!!!!
TERDAPAT 10 FAKTA TENTANG BERDENGKUR..
Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??
1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.
2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.
3. Radang amandel (tonsilitis) menyebabkan kanak-kanak berdengkur. - Salah satu ciri kanak-kanak yang terkena radang amandel (tonsilitis) adalah berdengkur semasa tidur.
4. Posisi tidur mempengaruhi seseorang berdengkur. - Tidur terlentang lebih cenderung untuk berdengkur dibandingkan tidur mengiring.
5. Kelebihan berat badan menyebabkan berdengkur. Kelebihan berat badan sangat biasa di kalangan orang yang berdengkur. Ini kerana lemak yang terbentuk di sekitar kerongkong akan menyempitkan saluran udara. Selain itu, lemak di perut dapat menyebabkan diafragma berfungsi secara tidak teratur.
6. Pil tidur dan obat penenang menambah resiko berdengkur. Ubat-Ubatan ini menyebabkan relaksasi otot dan meningkatkan peluang berdengkur.
7. Wanita berumur 50an yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki. Akibat proses penuaan, wanita kehilangan otot dan lemak di kawasan kerongkong. Lidah, pangkal kerongkong, dan jaringan lainnya yang berhampiran juga boleh sedikit menyusut.Perubahan ini akan mengurangkan ukuran saluran nafas dan meningkatkan risiko berdengkur. Hanya 5% perempuan yang berdengkur semasa berumur tiga puluhan, namun pada usia di atas 50 tahun jumlahnya boleh mencapai 40%.Pada usia ini, jumlah wanita yang berdengkur sama banyaknya dengan lelaki.
8. Berdengkur menandakan penyakit. - Bendengkur merupakan gejala obstructive sleep apnea (OSA), gangguan umum dan berpotensi serius di mana nafas berulang kali terhenti dan berlanjutan semasa tidur.Seseorang dengan sleep apnea sering bangun malam untuk bernafas, tetapi biasanya tidak mengingatinya.Sleep apnea seringkali tidak disedari tetapi sangat berbahaya bagi kesihatan kerana menyebabkan kurang tidur, kekurangan oksigen, depresi dan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.
9. Bunyi dengkur dapat mencapai 90 desibel. - Sama dengan bunyi yang dihasilkan oleh sebuah lori truk yang laju di jalan raya.
10. Merokok menyebabkan berdengkur - Asap rokok dapat menginfeksi jaringan kerongkong yang menyebabkan bengkak. Ini menyebabkan penyempitan saluran udara dan membuat orang berdengkur
******************************************************************************
*********************************************************************************
Daripada kita terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba
untuk kurangkan masalah tu. Tak lah segan sangat bila terpaksa menumpang dekat
rumah orang nanti. Jangan sebab dengkuran berkuasa turbo kita, tuan rumah yang
tak boleh tidur.
CARA MENGATASI MASALAH BERDENGKUR
Ubah Posisi Tidur
Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling
bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur
menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik
ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba
tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.
Turunkan berat Badan
Orang yg mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher
yang tebal dan berkemungkinan
menyebabkan risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat
badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.
Hindari Ubat Penenang/Sedatif
Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan
yang bertujuan untuk menenangkan
akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf,
menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
Hidu Wap Air Panas Sebelum Tidur
Hidung tersumbat juga merupakan salah satu punca berdengkur,jadi sebelum
tidur cuba hidu wap air panas atau pun letakkan tuala yg dah dicelup dgn air
panas pd muka dan sedut wapnya.Ini adalah satu cara menghilangkan lendir yg
menyumbat hidung kita. Bila lendir dah hilang, kemungkinan untuk berdengkur
akan berkurang.
Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar
bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama.
Untuk yang berkemampuan pasang ‘air filter’ supaya kita mendapat bekalan udara
yang bersih.
*********************************************************************************
Jika semua petua di atas dah di praktikkan tetapi masih tak berjaya juga....Apa kata kita cuba supplement yang mungkin dapat membantu mengurangkan Masalah Bedengkur nie...
Bagi Isteri- isteri yang dah tak sanggup nak menahan telinga malam-malam....di nasihatkan cuba supplement ini... mana tahu dapat membantu...
VITAMIN E
VITAMIN E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.
***********Jika Berminat nak Join Biz Shaklee...nak Jadi Ahli************
NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)
SEBARANG PERTANYAAN:
COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH
SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat
No comments:
Post a Comment