div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Monday, July 15, 2013

KENALI RISIKO SERTA PUNCA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG





Menerima Kelahiran bayi PRAMATANG....Memang 1 Anugerah dari Allah yang xdapat saya lupakan.....atas pengalaman sendiri saya melahirkan bayi seberat hanya  1.2 kg ... pada masa tu usia kandungan saya hanya 26 minggu sahaja...dan ini merupakan pengalaman pertama saya bagi proses kelahiran...perasaan waktu tu...Hanya Allah  saja yang tahu....Risau..Takut...semua ada....

Dengan Izin Allah bayi saya selamat... dan sekarang membesar dengan sihatnya...hehe  nak tengok tak sekarang dah macam mana badan anak sy sekarang ...???? klik disini..

Disini saya nak kongsi la sedikit info yang saya kumpul waktu dalam pantang dulu...apa lagi search la dalam internet...klu dulu tak pernah nak ambil tahu lansung bab-bab nie... masa dalam pantang anak nurse yang jaga...2 bulan pantang anak xda kat sebelah...memang jiwa terseksa...hanya Tuhan je tahu...huhu


Jika kita fikir memang mustahil untuk mengelakkan kelahiran pra matang tetapi sekurang-kurangnya dengan mengetahui tanda-tanda yang anda mungkin akan bersalin awal dapat memberikan sedikit persediaan kepada ibu-ibu baru yang belum ada pengalaman...


PUNCA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG

 Kelahiran pramatang mungkin berlaku kepada semua ibu mengandung, malah kepada mereka ynag sihat dan melakukan perkara yang betul. Kebanyakkan waktu kelahiran pramatang berlaku secara mendadak sebelum waktu bersalin dan puncanya tidak diketahui. Bagaimanapun, faktor risiko seperti dibawah mungkin memberi risiko yang tinggi kelahiran pramatang:

1.
Terdapat sejarah dalam keluarga yang mempunyai kelahiran pramatang.
2.
Sesetengah komplikasi mengandung seperti pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan terdapat protein dalam urine) dan berlaku ‘placenta abruptio’(placenta dan dinding rahim terasing sebelum bersalin).
3.
Terdapat jangkitan seperti jangkitan pundi kencing, jangkitan rahim dan jangkitan pada ginjal.
4.
Kecacatan pada bayi, cervik, rahim dan plasenta.
5.
Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah semasa mengandung.
6.
Kehamilan kembar.
7.
Membrane pramatang yang telah pecah: Lelehan keluar sebelum waktu kelahiran.
8.
Tidak kemampuan bahagian cervical untuk menutup dengan rapat. Keadaan ini mungkin boleh dirawat dengan menggunakan cervical cerclage.
9.
Kekurangan rawatan untuk penjagaan kehamilan.
10.
Kekurangan berat badan sebelum mengandung.
11.
Hamil ketika umur dibawah 18 tahun atau lebih 40 tahun.


RISIKO TERHADAP BAYI

Seperti kenyataan di atas, bayi pramatang cenderung untuk menghadapi masalah kesihatan untuk jangka masa panjang atau masalah seumur hidup. Semakin awal bayi anda dilahirkan, semakin tinggi risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Risiko bayi pramatang ialah termasuk:
1.
Sindrom kesukaran bernafas. Bayi yang baru lahir memerlukan sokongan ventilator.
2.
Kesukaran untuk makan dan mengekalkan kepanasan badan. Bayi baru lahir memerlukan penjagaan kesiahatn yang sempurna dan sokongan incubator.
3.
Berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.
4.
Kematian, bayi terlalu kecil dan tidak kuat untuk hidup.
5.
Mempunyai masalah kesihatan jangka masa panjang seperti buta, cerebral palsy, kesukaran belajar dan kesukaran berjalan.


SIMTOM  ATAU TANDA-TANDA KELAHIRAN BAYI

Apabila mendapati ada tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin sebelum tarikh jangka bersalin (TJB) tidak bermakna anda akan bersalin tidak lama lagi. Sesetengah orang yang berpengalaman menghadapi tanda-tanda dan simtom-simtom bersalin (TJB) mampu menguruskan kehamilan hingga ke tarikh tersebut. Bagaimanapun, jika anda mengalami tanda-tanda dan simtom-simtom seperti di bawah, sila berjumpa doktor anda secepat yang mungkin untuk mendiagnosis jika anda mengalami tanda-tanda bersalin pramatang atau sekadar menghadapi pengecutan otat rahim (contraction). Doktor anda akan cuba untuk melambatkan waktu bersalin selagi boleh.
1.
Mengalami pengecutan rahim (contraction) yang tidak berhenti.
2.
Sentiasa berasa kejang di perut.
3.
Berasa sakit dibahagian bawah badan,belakang dan punggung yang tidak henti-henti.
4.
Terdapat air yang berwarna merah cerah dan merah pekat yang keluar dari faraj.
5.
Merasa bayi menekan dibawah.


RAWATAN

1.
Melambatkan waktu bersalin dengan ubat yang diberikan oleh doktor.
2.
Jika berlaku pecah ketuban, ubat akan diberikan untuk mengelakkan jangkitan.
3.
Corticosteroid akan diberikan untuk membantu organ bayi anda matang.
4.
Membenarkan kelahiran awal jika mendapati ibu dan anak terlepas dari risiko selepas bersalin.

Apakan keperluan bayi pramatang?
 
  • Haba atau  kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak  secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu
    diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat
    pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan...
  • Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan
    keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi
    kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada
    kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana
    sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak
    cukup bulan.

Apakah makanan untuk bayi pramatang?
Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh
menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan
pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi
sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein
membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi
pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat
formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk
meninggikan lagi khasiat.

Jika ada ibu-ibu yang susu badan dah kurang...dan risau susu kering terus...boleh cuba supplement shaklee...iaitu SET MENYUSU LENGKAP.




MASALAH YANG SELALU DIHADAPI OLEH BAYI 

PRAMATANG  
  • Jaundis (penyakit kuning)

    Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis.
    Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan
    sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih
    bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi
    jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan
    bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
  • Apnea

    Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada
    masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin
    kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang
    daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi
    memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.


  • Anemia (kurang darah)
          Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini
          mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu
          serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

  • Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
         Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan
         secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk
         bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

         Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan
         sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai
         surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan
         lebih baik.

        Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin
         memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan
         surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah
         pernafasan.

  • Jangkitan

    Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi
    pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit
    sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum
    bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara
    membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan

  • Patent Ductus Arteriosus(PDA)

    Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan
    salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang
    mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh
    mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh
    mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

  • Masalah Retina ( Retinopathy of Prematurity)

    Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi
    pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan
    yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan
    oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak
    dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.





NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)
SEBARANG PERTANYAAN: 

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat
.




8 comments:

  1. info yang sangat berguna :-). moga diberi ketabahan ibu-ibu yang mempunyai anak pramatang

    ReplyDelete
  2. Waktu bila bayi pra matang boleh discharge dari hospital? Adakah anak puan dahulu ditahan sehingga berat nye naik dua kali ganda dari berat asal?

    ReplyDelete
  3. Waktu bila bayi pra matang boleh discharge dari hospital? Adakah anak puan dahulu ditahan sehingga berat nye naik dua kali ganda dari berat asal?

    ReplyDelete
  4. Same mcm sya jga..keempat empat ank sya pramatang

    ReplyDelete
  5. Biasanya bayi pra matang hanya boleh discharge...sehingga berat bayi tersebut mencapai 1.8kg ke atas....dan boleh minum susu sendiri...maksud saya tidak melalui tiub yg terus ke usus...

    ini atas pengalaman saya sendiri.... anak pertama lahir Prem 27 week... selama 2 bulan 2 minggu kena tahan dihospital.... kluar hospital slepas mencapai berat 1.8kg ke atas dan boleh menyusu terus dr susu badan.....Alhamdulillah sekarang membesar dgn normal..

    ReplyDelete
  6. good info...takut lak jadi mcmni bab dah 29weeks n asyik belakang..rasa bayi menekan pun kadang2 terasa kuat...harap semua baik la

    ReplyDelete
  7. good info...takut lak jadi mcmni bab dah 29weeks n asyik belakang..rasa bayi menekan pun kadang2 terasa kuat...harap semua baik la

    ReplyDelete