div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px

Wednesday, July 17, 2013

Punca Masalah Sembelit Bayi dan Cara Mengatasinya




MASALAH SEMBELIT KANAK-KANAK
Pernah tak anak-anak anda mengalami masalah sembelit..??? Kadang-kadang sampai 2 ke 3 hari masih tidak membuang...atau mengalami maslah sembelit... Lebih membimbangkan ialah kanak-kanak terutama yang masih bayi atau baru berumur setahun tidak pandai mengadu untuk memberitahu ketidakselesaan yang dihadapi.
Macam orang dewasa juga, jadual buang air bagi setiap kanak-kanak juga berbeza. Malah kekerasan najis yang keluar juga tidak sama dengan kanak-kanak yang tiada masalah sembelit. Bayi yang diberikan susu badan akan  buang air setiap kali selepas disusukan atau sekali dalam masa tujuh hingga 10 hari.
Namun biasanya bayi yang diberi susu badan buang air sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua hingga tiga hari. Mengenai kekerasan najis, anda hanya perlu bimbang jika ia menyebabkan anak mengalami masalah untuk buang air.
Sembelit adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak khususnya ketika mereka dilatih untuk ke tandas atau selepas melalui pengalaman  buang air yang menyakitkan. 

ANTARA TANDA-TANDA ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH SEMBELIT
  • Sakit perut (datang dan pergi)
  • Kurang lapar berbanding biasa
  • Berkelakuan resah dan tidak selesa
  • Luka pada dubur – yang menyebabkan rasa sakit dan berdarah apabila buang air. Ini disebabkan anak anda meneran terlalu kuat untuk memaksa najis yang keras dan besar keluar.
  • Berkelakuan menahan (bagi mengelakkan rasa sakit) seperti mencangkung, menyilang kaki atau tidak mahu duduk di atas mangkuk tandas
  • Anda boleh mengesan ketulan keras apabila menekan perutnya.

DALAM MASA JANGKA PANJANG MASALAH SEMBELIT AKAN MENYEBABKAN
  • Buang air dalam seluar. Hujung usus besar (rektum) anak anda dipenuhi najis dan ini menyebabkan ia mengembang. Anak anda mungkin tidak terasa mahu buang air kerana rektum ini sentiasa mengembang.
  • Dalam keadaan ini, najis boleh keluar sendiri tanpa disedari. Dalam istilah perubatan, sembelit disebut enkopresis atau inkontinen feses.

PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN MASALAH SEMBELIT
1.Ia disebabkan keadaan semula jadi. Sesetengah kanak-kanak ada pergerakan usus yang perlahan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Selain itu tabiat ke tandas seperti mengabaikan isyarat buang air kerana leka bermain.
2 .Perkara ini menyebabkan lama kelamaan najis menjadi keras dan besar menyebabkan ia sukar untuk dikeluarkan.
3.  Jadual ke tandas perlu dipupuk dan dijadikan waktu khusus yang tiada gangguan. Menahan keinginan untunk buang air akan menyebabkan proses buang air besar menjadi lebih sakit dan payah.
 4.Kadangkala pertukaran persekitaran baru seperti sekolah atau diberitahu untuk ‘bertahan’ ketika mahu buang air (terutama di sekolah) juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
5. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sembelit makan seperti biasa. Meningkatkan pengambilan serat dan air biasanya tidak membantu mengatasi masalah ini. Bagaimanapun bagi sesetengah kanak-kanak yang memang ada kecenderungan mengalami sembelit, kekurangan serat boleh memburukkan keadaan.
6. Luka pada dubur menyebabkan kanak-kanak berasa sakit dan tidak mahu ke tandas. Jadi mereka akan cuba bertahan dan keadaan ini boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.
7. Penyakit seperti ketiadaan hujung saraf di dalam usus, kecacatan saraf tunjang, kekurangan hormone tiroid dan beberapa gangguan metabolik juga boleh menyebabkan sembelit. Bagaimanapun ia kes terpencil dan hanya sebilangan kecil masalah sembelit kanak-kanak disebabkan penyakit.

ANTARA RAWATAN YANG BOLEH DILAKUKAN
Rawatan perlu diteruskan sehinggalah kanak-kanak boleh buang air besar seperti biasa. Antara rawatannya ialah:
  • Memupuk tabiat ke tandas – Kanak-kanak yang ada masalah sembelit perlu dibiasakan duduk di atas mangkuk tanda secara teratur. Ini termasuklah duduk di tandas selama tiga hingga lima minit selepas sarapan, makan tengah hari dan malam. Mereka perlu duduk di atas mangkuk tandas walaupun tiada rasa mahu buang air atau mereka sudah buang air sebelum makan. Untuk menggalakkan tabiat ini, ibu bapa boleh memberi pelekat atau bintang sebagai penghargaan.
  • Ajar anak untuk ke tandas apabila terasa mahu buang air.
  • Buang pengalaman menyakitkan. Ini boleh dibantu dengan menggunakan ubat pelawas (makan) untuk melembutkan najis selama beberapa minggu. Ia akan memudahkan perjalanan najis dan memberi masa kepada luka untuk sembuh.
  • Ramai kanak-kanak takut terjatuh ke dalam mangkuk tandas. Untuk mengatasinya anda boleh meletakkan bangku kecil dan rendah di atas kakinya.
Selain ini galakkan anak untuk makan lebih sumber serat terutama bagi yang ada kecenderungan mengalami sembelit. Berikan anak sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan setiap hari seperti plum, prun, kismis, aprikot dan pic (tidak perlu dikupas kulit).
Jika boleh, pujuk anak makan tiga hidangan sayur-sayuran setiap hari. Bagaimanapun ia bukan mudah jadi gantikan dengan bijirin seperti bran, gandum hancur atau oat. Elak bijirin yang diproses seperti emping jagung kerana ia kurang atau tiada serat.
Beli roti mil penuh dan bukan roti putih. Hadkan pengambilan susu lembu kepada 500 milimeter sehari dan elakkan minuman manis sebelum makan untuk merangsang dan memperbaiki selera anak.
Jika anda syak bayi (kurang 12 bulan) mengalami sembelit, bawa berjumpa doktor. Anda mungkin perlu menukar susu formula kerana ada yang tidak seusai untuk anak anda.
Bagi bayi berumur enam bulan ke atas, masukkan lebih buah dan sayur dalam diet mereka. Anda boleh beri prun atau aprikot yang direnih dan ditapis (tiga sudu makan setiap minggu) atau jus prun yang dicairkan.
Kadang-kadang kanak-kanak nie bukan suka  sangat nak makan buah-buahan, tambahan pulak kalu nak suruh makan sayur-sayuran.....memang susah sangat....Nak minum air kosong pun susah...Mungkin dengan pengambilan supplement yang sesuai untuk anak-anak kita, dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit ini...
Nak tahu tak supplement apa yang paling sesuai untuk mengatasi masalah sembelit nie...?????
Ye Tetap sekali.....MEALSHAKE  dari Shaklee...mengandungi nutrin-nutrin penting yang sangat berkhasiat untuk Pekembangan Kesihatan meraka..
.Nak tahu tak Khasiat sebenar MEALSHAKE..??? 

sila baca disini...FAKTA MENARIK MEALSHAKE












TESTIMONI 





*************************************************************************




***************************************************************************






*********************************************************************************






********************************************************************************

JIKA KORANG NAK CUBA..???? KLIK DISINI.....

BOLEH ORDER SENDIRI PUN BOLEH....

CUMA PERLU KREDIT @ DEBIT KAD SAHAJA..



Order Vitamin Sekarang




**************************************************************************************
INGIN JANA INCOME BERSAMA KAMI..????


 Jom Join Ahli





NOR SHUHADA MD SIN (ID 918262)

SEBARANG PERTANYAAN: 

COD VITAMIN : SG. PETANI,GURUN, PENDANG,ALOR SETAR, KEDAH

SMS@WHATSAPP: 012-5792539- bila-bila masa pun boleh je
Facebook : Shud Shuhada
Fan pages : Explorasi Sihat


21 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian info yang sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Anak sy skrg ni umur 5 tahun ade masalah sembelit teruk, sudah seminggu xleh buang air besar. Mak syg ade suruh isteri sy beli susu tepung yg ade Prebiotics blh bantu dlm masalah sembelit kanak-kanak. Ade siape yg pernah guna susu tepung yg mengandungi Prebiotics utk bby dia org blh recommend kat sini??

    ReplyDelete
  3. Prebiotics??? Sy x pernah dgr tepung susu ade benda mcm ni je. Setakat sy tau, formula susu blh buat anak2 semua lebih cerdik je la, x pernah dgr blh rawat sembelit dia org tu. Masalah sembelit wujud sbb bby2 ko org tu panas. Cuba minum byk2 air dan makan buahan lebih blh la rawat masalah sembelit tu. Xyah susah2 nak beli ni beli tu, bazir wang dan masa je.

    ReplyDelete
  4. skrg dh byk susu formula mengandungi prebiotics yg terdpt di supermarket yg saye tau adlah mamil dari dumex dulu mase bb saye sembelit krna tkr2 susu formula yg lain sampai cari yg paling sesuai utk bb saye dn keputusannya mmg berkesan
    lps 7 hari bb saye guna mamil dia dah kurang sembelit dn lebih senang buang air besar

    ReplyDelete
  5. Bila ibu bapa nak bagi anak cuba susu tepung yg baru, mestilah berhati-hati. Dapatkan susu tepung yg ada jenama.. Kenalah buat research baik baik dulu ya yg mana formula sesuai utk rawatan sembelit kanak2. Harga murah tapi kalau tak ada jenama pun bahaya.

    ReplyDelete
  6. Hari tu sya pergi tengok Mamil mahal betul la...kawan kata brand lain lagi bagus drpd Mamil. Kalau tak de pendapatan yg banyak susah nak tanggung

    ReplyDelete
  7. Adakah anda mengalami:

    1)SEMBELIT?
    2)BUASIR?
    3)PERUT SEBU?
    4)PERUT BUNCIT?

    Jom Greenfit ! Greenfit dapat membuang Koprostasis (pengumpulan najis lama di dalam saluran usus).
    Berminat? SMS/Whatsapp 019-9210321 (Mohd Hanis Aman)

    Testimoni: https://www.facebook.com/greenfit4urhealth

    ReplyDelete
  8. tq yg sudi baca ....Bagi yang belum cuba...mungkin xtau apa khasiatnya....

    ada juga yg ambil tapi xberkesan.....salah 1 sebabnya cara pengambilan tak betul.....

    jadi belila dari saluran yg betul tau...jgn salah pilih...itu je pesan sy....tq semua

    ReplyDelete
  9. Masalah sembelit di kalangan kanak-kanak juga boleh dirawat dengan pemberian probiotik kerana ia dapat menstabilkan koloni bacteria sihat di dalam usus dan melancarkan pergerakan peristalsis usus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy beri anak laki saya mnum susu formula kalau dia ada masalah sembelit. sbb ada mmber sy keje doktor kata probiotik ni mmg bagus utk halang masalah sembelit kat budak2. dia kata guna susu yg ada probiotik mcm susu dumex mamil. lepas sy bg anak sy mnum, seminggu lebih lepas tu anak sy dh tak kena sembelit dah. dh boleh buang air besar mcm biasa.

      Delete
    2. mamil mmg boleh hilangkan sembelit budak2 eh? bnyk kali jugak ada trbaca pasal mamil boleh hilangkan sembelit. bagus jugak. tak payah bagi ubat ke apa ke yg rasa pelik kat budak2... takde la rasa ragu2.. sbb mamil pon susu formula je. boleh jugak bantu budak2 membesar dgn baik.

      Delete
    3. kata kawan sy sbb mamil ada prebiotik yg boleh bagi usus budak2 terjaga dgn elok. mamil juga boleh lembutkan tahi so boleh la beri budak2 buang air besar dgn normal. tak sakit. sbb sembelit ni tahi keras, tu yg budak2 sakit smpai menangis meneran nk buang air besar. sbb tu la mamil bagus boleh hilangkan sembelit kat budak2.

      Delete
  10. baru tau mamil boleh halang sembelit kat budak2. boleh cuba mcm ni. sbb sblm ni kalau anak sy sembelit, bg dia mnum air banyak2 je. kdg2 letak buah ngan sayur bnyk2 dlm nasi dia. smpai anak sy boring muak dh nk mkn buah ngan sayur. tp tu la yg sy buat sbb mak sy itu ptua snang nk hilangkan smbelit pd budak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu le. tak tau pon sblm ni kan. hehe. tp tu la, kalau duk bg air bnyk, sayur buah bnyk2, takot2 kembong perut pulak budak nanti. dh kena g spital sbb kembung pulak. hehe. kalau ada susu mcm mamil ni elok le jugak, sbb susu slalunya budak suka minum.

      Delete
  11. anak sy kdg2 sembelit kdg2 cirit. sbb sy slalu tukar2 susu utk dia. umur dia dh 3 tahun. so kdg2 dia dh mula rasa bosan dgn susu tu, sy tukar susu laen, tp lain pulak kesan kat dia. mcm mana nk tau susu yg elok utk dia tak pyh tukar2 lg.

    ReplyDelete
  12. cuba guna mamil. berinya minum mamil. sbb sy guna mamil utk anak sy. so far tak ada masalah cirit lgi, sembelit lg. umurnya pon dh 4 tahun. so mamil ni bagus la utk kanak2 yg nk mmbesar. anak sy pon suka rasanya. tak pernah dia mnum tak abis. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh. sbb sblm ni sy beri anak sy anmum. tp lepas tu tiba 2 dia kena sembelit. so sy tukar enfagrow pulak. sembelit hilang, cirit birit pula dtg. mak sy ckp susu tu tak sesuai la dgn anak sy. sbb tu tak kena ngan perut dia. tu yg pening.

      Delete
    2. kandungan mamil berbeza dgn susu lain. sbb tu mamil jd pilihan ramai. kalau tgk kandungannya juga mempunyai level DHA yang lg tinggi dari susu2 lain dan nutrien dlm mamil ni boleh mmbantu pertumbuhan optimum kanak2. rasanya juga enak hahaha...

      Delete
  13. pernah juga sy dgr mcm ni. tu la, kdg2 kna pilih susu yg sesuai utk perut anak. sy prcaya kt mamil sbb dh ramai kaum ibu kata mamil ni bagus utk kanak2, jaga sistem usus dan sistem pencernaan kanak2. sbb tu anak sy takde mslh sembelit ke cirit birit ke lepas sy beri dia mamil.

    ReplyDelete
  14. Tips Mengatasi Sembelit
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/10/tips-mengatasi-sembelit.html

    ReplyDelete